Aktiviti Muzikal yang Sesuai Dijalankan Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Murid-Murid Pintar dan Berbakat di Malaysia
In: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 2018
unknown
Zugriff:
Kajian menunjukkan bukan semua aktiviti pengajaran sesuai dilakukan ke atas pelajar pintar dan berbakat. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti muzikal yang sesuai dan memenuhi keperluan murid-murid pintar dan berbakat di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada murid-murid pintar dan berbakat yang belajar di Pusat PERMATApintar Negara. Keputusan kajian ini boleh dijadikan panduan oleh para pendidik yang ingin mengajar muzik terhadap kanak- kanak pintar dan berbakat supaya dapat memilih aktiviti muzik yang benar-benar sesuai dan bertepatan dengan jiwa kanak-kanak istimewa ini. Justeru, pengkaji mengumpul data menggunakan kaedah Perbincangan Kumpulan Berfokus, dan Temu Bual Mendalam terhadap kanak-kanak pintar dan berbakat yang mempunyai pengalaman belajar dalam kelas muzik. Pemerhatian juga dijalankan di dalam kelas-kelas muzik di Pusat PERMATApintar Negara untuk mengenal pasti tingkah laku murid- murid tersebut terhadap aktiviti muzik yang dijalankan. Keputusan menunjukkan semua murid berpendapat bahawa aktiviti permainan alat muzik sangat sesuai untuk mereka diikuti aktiviti persembahan muzikal, teori muzik dan nyanyian. Guru-guru boleh menarik perhatian murid menggunakan bahan bantu mengajar yang interaktif, mengaitkan teori dengan amali dan menyatakan kepentingan belajar sesuatu topik muzik.
Titel: |
Aktiviti Muzikal yang Sesuai Dijalankan Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Murid-Murid Pintar dan Berbakat di Malaysia
|
---|---|
Autor/in / Beteiligte Person: | Ismail, M. J. (Md) ; Yusuf, R. B. (Rorlinda) ; Chiat, L. F. (Loo) |
Link: | |
Zeitschrift: | Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 2018 |
Veröffentlichung: | Secholian Publication, 2018 |
Medientyp: | unknown |
Schlagwort: |
|
Sonstiges: |
|