Mengurus masyarakat Singapura gaya Lee Kuan Yew: satu legasi
Penerbit UTHM, 2020
Online
Buch
Zugriff:
Lee Kuan Yew (LKY) negarawan unggul Asia Tenggara yang berjaya menggerakkan tindakan-tindakan pragmatik dengan nilai dan gaya kepimpinan berkesan demi mencapai visi pembangunan Singapura. Memiliki pengalaman politik hampir 60 tahun (1955-2011) menjadikan beliau tokoh politik tanpa tandingan di Singapura dan di Asia Tenggara. Kredibiliti kepimpinannya berjaya membawa masyarakat Singapura berkembang maju dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Walaupun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1990 namun masih terus relevan di arena politik perdana Singapura apabila dilantik sebagai Menteri Kanan (1990-2004) dan Menteri Mentor (2004-2011). Beliau membimbing Singapura pada sebelum dan selepas Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia (1963-1965). Konsep Malaysian Malaysia nya sangat meresahkan dan menjadi penyebab utama Singapura akhirnya perlu membina negara sendiri. Walau bagaimanapun gagasan Malaysian Malaysia telah bertukar menjadi resipi paling ampuh dalam mengurus masyarakat majmuk di Singapura yang merdeka. Sekali gus membentuk gaya kepimpinannya tersendiri. Penulisan ini cuba melihat sepintas lalu legasi LKY dalam mengurus masyarakat majmuk di Singapura. Secara umumnya, masyarakat majmuk akan menghasilkan pelbagai tuntutan dan perjuangan khususnya terhadap hak dan ketuanan. Persoalan sensitif ini berjaya diuruskan LKY dengan gayanya tersendiri. Pendirian asas LKY, dasar keselamatan, dasar pendidikan dwibahasa, sistem politik, sistem demokrasi, konsep “peluang sama rata”, patriotisme dan pembangunan bangsa Singapura, kepercayaan dan pengurusan agama, ekonomi dan modal insan dan nilai Asia akan dibincangkan satu persatu. Adalah diharapkan satu pengkayaan pengetahuan baru berkaitan pengalaman mengurus sebuah masyarakat dan negara khususnya di Asia Tenggara terhasil bagi tujuan rujukan pada masa akan datang.
Titel: |
Mengurus masyarakat Singapura gaya Lee Kuan Yew: satu legasi
|
---|---|
Autor/in / Beteiligte Person: | Jaes, Lutfan ; Mohd Yusof, Asyraf Maula ; Mohamad Suhaimy, Khairul Azman ; Razali, Nurul Aimi ; Panaemalae, Abdul Razak @ Abdulroya |
Link: | |
Veröffentlichung: | Penerbit UTHM, 2020 |
Medientyp: | Buch |
Schlagwort: |
|
Sonstiges: |
|