Kerangka E-pembelajaran TVET Kursus Kemahiran Praktikal: E-Learning Framework of TVET Practical Skills Courses
In: Online Journal for TVET Practitioners; Vol. 8 No. 2 (2023); 1-10; 2289-7410; (2023)
Online
Elektronische Ressource
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian adalah salah satu transformasi pendidikan ke arah digital dan kini merupakan keperluan terutama semasa pandemik. PdP di institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mengutamakan kepada kemahiran praktikal, yang menjadi salah satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Perlaksanaan PdP kurang berkesan jika kursus kemahiran praktikal dijalankan secara dalam talian tanpa panduan yang dirangka khas. Justeru, kajian ini akan membangunkan kerangka e- pembelajaran TVET bagi kursus kemahiran praktikal yang ditawarkan di institusi TVET. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti komponen dalam kerangka e-pembelajaran TVET kursus kemahiran praktikal dan menguji penerimaan kerangka memalui prototaip aplikasi. Responden bagi kajian ini adalah pensyarah pakar daripada Diploma Pengurusan Peruncitan Politeknik Nilai yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran TVET. Kajian ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu mengenalpasti elemen daripada kajian lepas dan fasa kedua adalah penilaian penerimaan kerangka oleh sepuluh orang pakar bidang yang bertujuan untuk melihat kesesuaian serta penerimaan kerangka untuk dijadikan panduan oleh tenaga pengajar TVET. Dapatan hasil kajian dianalisis untuk memenuhi objektif kajian. Kerangka kajian ini berasaskan model Komuniti Inkuiri dan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) serta penggunaan realiti terimbuh. Hasil analisis menunjukkan pakar bidang bersetuju terhadap elemen yang digunakan bagi kerangka pembelajaran. Daripada analisis menunjukkan kerangka ini boleh dilaksanakan dalam proses PdP dalam talian serta mampu membantu tenaga pengajar TVET untuk melaksanakan pengajaran berbentuk kemahiran praktikal selain itu juga ianya berfungsi sebagai panduan yang dapat digunakan oleh tenaga pengajar untuk meningkatkan kreativiti, penglibatan dan komunikasi pelajar bersama tenaga pengajar. Online teaching and learning (TnL) is one of the transformation of education to
Titel: |
Kerangka E-pembelajaran TVET Kursus Kemahiran Praktikal: E-Learning Framework of TVET Practical Skills Courses
|
---|---|
Link: | |
Quelle: | Online Journal for TVET Practitioners; Vol. 8 No. 2 (2023); 1-10; 2289-7410; (2023) |
Veröffentlichung: | 2023 |
Medientyp: | Elektronische Ressource |
Schlagwort: |
|
Sonstiges: |
|